Jumaat, 9 Oktober 2009

Ermmm

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam sewaktu aku mula menulis ni. entahla, tiba2 hari ni aku terasa nak menulis. dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Erm, macam2 perkara bergelora dalam hati ni. x tahu nak luahkan kepada siapa je. so, ni jelah yang aku boleh buat. Menulis. maybe boleh legakan ckit hati aku ni. semalam (8/10/2009), dengan tak sengaja aku dah kecilkan hati abah. Erm, tak tahu lah kenapa dengan aku ni. suka ikut panas baran sendiri. lepas maghrib semalam, abah ajak aku belajar memandu. memang hampir setiap malam waktu aku cuti ni, abah akan ajar aku memandu. lepas balik dari keje je, abah akan ajak aku untuk memandu. memang dah lama abah ajar aku memandu. tapi tak tahu lah kenapa cara memandu aku masih teruk. bukan tak reti memandu. tapi selalu sangat buat silap benda yang sama. yang teruknya, benda tu bukannya aku tak tahu, tapi aku tahu. just bila dah gabra, semua jadi kelam kabut. aku ni jenis cepat gabra. erm, darah gemuruh tahap melampau. tak boleh terkejut ckit pun. so, bila memandu tu, perkara yang aku paling takut, bila kereta tiba2 melibas lalu kat sebelah aku. aduh, darah gemuruh aku pun naiklah. waktu tu lah sume jadi kelam kabut. tukar gear salah la, inilah, itulah. so, apa lagi, abah pun mula lah membebel. abah kalau mula bersuara, memang darah gemuruh aku bertambah membuak2. then, lagi banyaklah silap aku buat. jalan pun sampai masuk line orang. Erm, abah aku tak lah teruk. apa dia tegur tu sumenya betul. memang silap aku. tapi cara dia tegur tu, kadang2 aku tak boleh tahan. ayatnya pedas. nak salahkan abah pun tak boleh. aku pun selalu marah adik2 aku. Erm, marah kalau diorang buat silap lah. mulut aku ni pun lebih kurang je pedasnya kalau dah marah orang. tapi, tak tahu lah.. bila aku yang kene marah, aku tak boleh tahan. memang tiap kali aku belajar memandu, mesti kene tegur dengan abah. kadang2 ckit, kadang2 banyak jugak kene tegur. banyak tu yg tak tahan. sabar punya sabar, tp pada tarikh yang tercatat tu, aku tunjukkan angin aku ni. erm, sebelum tu aku dah cakap dekat mak yang aku dah give up nak blaja memandu ni. memang selalu aku cerita kat mak. kadang2 bila tak tahan kene marah tu, dengan mak lah tempat aku mengadu. sempat ak buat lawak lagi hari tu. aku cakap, tunggu aku jumpa mana2 pak ustaz mintak air untuk buang darah gemuruh aku ni dulu, baru aku mula balik belajar memandu. tapi tak sangka pulak malam tu waktu abah ajak aku memandu, mak tolong sampaikan apa aku cakap kat mak sebelum tu. aduh, apa lagi. malu lah aku. macam mana aku nak belajar memandu lepas tu. abah tahu lah yang aku ni selalu mengadu dekat mak. Erm, tapi rasanya abah tak de apa2 kot bila dgr. just aku ni je. tunjuk perangai pulak. mak aku sapa aku lepas tu. "diana! abah tunggu ko tu, belajar memandu." tapi aku buat tak tahu je. aku terus duk hadap laptop kat pangkuan aku tu. aku perasan abah tunggu je aku, tapi aku buat tak tau jugak. Erm, memang keras kepala punya anak. teruk betul aku ni. aku pun tak tau kenapa aku macam tu. lepas tu, abah bersuara. "nak tak belaja?". perlahan suara abah. mungkin abah perasan aku dah mula buat perangai. dari dulu, memang abah atau mak memang selalu nak jaga hati aku. tak nak tengok aku kecil hati atau marah2. tapi aku je yang tak tahu nak jaga hati diorang. selalu sangat mengecikkan hati mak dengan abah. tapi bukan aku sengaja. angin aku ni penuh satu badan. suka ikut angin sendiri je. nak jugak berubah. tapi susah sangat. Ermmm. sambung cerita tadi.. lepas dgr suara abah tu tak sampai hati pulak aku nak tolak ajakannya. memang aku baru nak bangun time tu. tiba2 abah bersuara lagi. "nak tak? kalau tak nak tak pe." aduh, dtglah angin aku balik. ni aku pun tak tau. angin ke ego. tak jadi aku bangun bila dgr macam tu. aku terus duduk adap laptop tanpa toleh ckit pun kat abah. agaknya sebab abah tgk aku buat tak tau je, abah pun terus keluar. sebelum tu abah ada cakap abah nak ambil jam yang abah hantar baiki kat kedai sekali. maybe abah pergi ambik jam tu. bila kereta abah dah keluar pagar, terdetik perasaan kesal aku buat macam tu. aku terus naik bilik. nak tidur awal sangat. baru pukul 9 lebih time tu. memang tensyen gler dgn perangai aku tu. yang paling sedihnya, aku buat abah macam tu, macam mana lah perasaan abah. memang lah luarannya ok je. erm, lgi satu masa abah balik keje hari tu, aku ada dgr adik2 aku kata kereta yang abah bawak tu dah di cat ke warna baru. kereta tu abah kasi kat aku. abah memang dah cakap nak tukar warna kereta tu. tapi aku tak sangka begitu cepat. aku belum jenguk keluar pun tengok warna baru kereta tu. tiba2 hal macam tu jadi. dah la kereta tu abah sendiri yg cat. abah aku memang bekerja di bengkel cat kereta. boleh dikatakan pakar cat kenderaan jugaklah. so, kalau kereta sendiri tu, cat sendiri jelah. tak payah keluar duit banyak nak anta kat bengkel orang. just keluar duit modal beli cat je lah. tp, ttg masalah aku ni, aku terkilan sebab abah aku berpenat lelah cantikkan kereta tu untuk bagi kat aku, aku pulak buat perangai macam ni. memang penat mengecat kereta ni. kene menggosok lg sebelum mengecat tu. bila balik dari keje, abah selalu lenguh2 badan. aduh, apa aku dah buat.. aku sedih sgt sebenarnya ni. waktu aku menulis ni pun, aku tak tau abah dah ok ke belum. luarannya ok je. balik keje arini, boleh je bercakap dengan aku. tapi perasaannya aku tak tau. sape tak sedih bila anak buat macam tu. aku ni tau cakap je. tp aku sendiri yg buat. ishhhhhhh, teruknya aku. kenapalah aku macam ni. berdosa betul aku. mengecikkan hati abah macam tu. kadang2 mak pun aku terkecilkan hatinya. ampunkanlah dosaku ini ya Allah.. aku tak nak berperangai terus macam ni. aku nak berubah. Jadikanlah aku anak yang solehah ya Allah. hilangkanlah panas baran aku ni...

Jumaat, 10 Julai 2009

TEMPAHAN KEK BERKRIM












Tempahan kek dan kek cawan berkrim mengikut citarasa anda. Anda boleh menempah mengikut perisa yang anda kehendaki. Menerima juga tempahan maffin berperisa coklat dan lain2.

Sebarang pertanyaan sila call:
yana- 0132128599

Rabu, 15 April 2009

SEUNTAI KATA, SECUIT RASA

Assalammualaikum,

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih bernafas di bumi tuhan ini setelah diberi tidur malam yang lena hingga terlalu liat untuk bangun di sepertiga malam bersolat sunat tahajud memohon rahmatNya. Namun Allah swt masih memberi kita ruang dan peluang meneruskan hidup di bawah perlindungan dan pertolonganNya sentiasa.

Sesungguhnya bukan sukar menjadi hambanya yang taat dan umat Muhammad SAW yang setia mengikut sunnah baginda. Bukan sekadar sunnah baginda ditunjukkan pada fizikal semata-mata sebaliknya sebaliknya secara rohani. Di tokok dengan keimanan yang kukuh, pengajian Islam yang diwajibkan, penghayatan al-Quran serta penting untuk kita menghayati erti al-Quran sebagai pedoman. Janganlah pula semua itu ditokok tambah dan diwujudkan fatwa baru yang tidak berasas.

Dosa-dosa yang bertaburan dan berentetan dalam diri kita eloklah dilabuhkan tirainya. Dunia pun kian tua, tidak terlarat memikul bebanan penghuninya yang leka dan alpa sentiasa, bahkan gunung-ganang telah mula merekah, lautan telah memuntahkan tsunami dan sangkakala sedang menanti waktu untuk bersuara.

Bukan niatku untuk memandai-mandai tetapi ketakutanku pada balasanNya menghantui segenap lapik dinding dadaku. Sempatkah aku mengumpul segenap amal dan pahala untuk berdepan dengan akhiratNya nanti. Sedangkan aku cuma insan biasa yang kadangkala terlupa untuk menadah tangan memohon keampunanNya atas satu kesilapan kecil maupun besar.

Sudahkah cukup pahalaku dalam mentaati ibubapaku, pahala dalam mentaatiMu dan rasulMu ya Allah.. Sudahkah cukup pahalaku dalam mendidik adik-adikku, darah dagingku sendiri agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah? Sudahkah aku mengingatkan adik-adikku agar bersyukur dalam apa jua keadaan? Aku tak mahu adik-adikku, sedarah sedagingku leka dibuai mimpi dunia yang asyik dan palsu . Aku juga tak mahu sesiapapun di luar sana turut leka ditipu anganan dan hanyut dalam keseronokan tanpa batas.

Apa ada dalam kebahagiaan palsu itu yang akhirnya memakan diri kita semua kelak. berbaliklah kita pada mula kejadian kita, dari bayi hingga kini. Bukankah ibu bapa kita menghendakkan yang terbaik buat kita? Juga guru-guru kita yang tak jemu mendidik kita dari A hingga Z, dari buta huruf sehingga berjaya menulis 'ayat-ayat cinta'. Maka mudah-mudahan ayat-ayat cinta itu kita tujukan khusus buat Allah swt dan nabi Muhammad SAW serta buat ibu bapa kita juga. Teringat aku pada nyanyian seorang guruku di sekolah menengahku dulu iaitu lagu 'Ayah dan Ibu' nyanyian allahyarham Sudirman. Nyanyian itu dinyanyikan bersama pelajar-pelajar sewaktu perhimpunan. Antara liriknya;

Ayah dan Ibu, (2x),

itulah permulaan kami,

Dapat melihat bulan dan matahari

aaaaaaaaaaaaaa.....

Maksudnya, tanpa ayah dan ibu tiadalah kita di dunia ini. Al-Fatihah juga buat Allahyarham guruku itu, CIKGU TAHIR yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Terima kasih juga kepada beliau kerana pernah memberiku peluang merasai bagaimana perit getirnya bergelar seorang guru pada cuti semesterku setahun yang lalu.
Wassalam...

Selasa, 14 April 2009

Jadilah Kita Insan Yang Bersyukur

Alhamdulillah...
Sejak kita lahir ke bumi Malaysia
kita menikmati erti bebas,
menikmati erti kemakmuran,
menikmati erti keamanan,
lalu kita mengerti erti kemerdekaan,
yang membawa kita naik tinggi ke menara gading ini.
Alhamdulillah...
Sejak kita lahir sebagai seorang Islam,
kita bebas melaksanakan solat,
bebas melaksanakan sunnah Rasullullah SAW,
kita bebas bersuara,
bebas kemana-mana
di bumi kita Malaysia.
Alhamdulillah...
Sejak kita lahir dari perut ibu,
kita tak pernah merasa lapar,
kita tak pernah merasa dizalimi,
kita tak pernah ditindas di bumi sendiri,
Kita mencorak masa depan kita,
seiring mencari pintu syurga.
Alhamdulillah...
sekiranya kita mendapat taufiq & hidayah dari Allah SWT,
berpijaklah kita di bumi nyata,
bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah..
Kita bukan di medan perang,
bukan melukut di tepi gantang,
bukan hidup huru-hara ibarat telur di hujung tanduk.
Alhamdulillah...
hidup mati kita kerana Allah,
bukan kerana sebarang dakyah..
Janganlah kita berpecah,
kerana ketaksuban semata-mata.
Marilah kita terus mencari syurga
tanpa perlu berpihak ke mana-mana,
marilah kita terus merasa aman,
tanpa saling hina menghina.

Isnin, 13 April 2009

Sekadar renungan

Putri Dieyamira
Sebuah nama yang kugabungkan dari singkatan nama kami 7 beradik seibu sebapa. Ku abadikan nama ini lambang kasih sayangku terhadap adik-adikku walaupun pada zahirnya kami sering bercakaran seperti Tom & Jerry.
Aku bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam lebih-lebih lagi di bumi Malaysia ini kerana Islam di sini adalah satu kehidupan yang terbela dan tinggi nilainya berbanding negara jiran. Kita tidak pernah dizalimi oleh sesiapa hatta pemerintah sekalipun dan kita bebas, aman dan merdeka dalam setiap pergerakan dan amalan kita. Kita bebas mengamalkan sunnah Rasullullah SAW. Sekiranya kita merasa terseksa dan dizalimi, tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita benar2 mengikut sunnah Rasullullah SAW? Ataupun kita hanya berpura-pura taat pada sunnahnya sedangkan kita sebenarnya cuma Islam pada nama sahaja. Kembalilah kita pada hakikat. Insafilah diri. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki. Keamanan tidak akan ujud tanpa rasa syukur. Berpijaklah pada bumi nyata. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tersirat di hati..