Selasa, 14 April 2009

Jadilah Kita Insan Yang Bersyukur

Alhamdulillah...
Sejak kita lahir ke bumi Malaysia
kita menikmati erti bebas,
menikmati erti kemakmuran,
menikmati erti keamanan,
lalu kita mengerti erti kemerdekaan,
yang membawa kita naik tinggi ke menara gading ini.
Alhamdulillah...
Sejak kita lahir sebagai seorang Islam,
kita bebas melaksanakan solat,
bebas melaksanakan sunnah Rasullullah SAW,
kita bebas bersuara,
bebas kemana-mana
di bumi kita Malaysia.
Alhamdulillah...
Sejak kita lahir dari perut ibu,
kita tak pernah merasa lapar,
kita tak pernah merasa dizalimi,
kita tak pernah ditindas di bumi sendiri,
Kita mencorak masa depan kita,
seiring mencari pintu syurga.
Alhamdulillah...
sekiranya kita mendapat taufiq & hidayah dari Allah SWT,
berpijaklah kita di bumi nyata,
bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah..
Kita bukan di medan perang,
bukan melukut di tepi gantang,
bukan hidup huru-hara ibarat telur di hujung tanduk.
Alhamdulillah...
hidup mati kita kerana Allah,
bukan kerana sebarang dakyah..
Janganlah kita berpecah,
kerana ketaksuban semata-mata.
Marilah kita terus mencari syurga
tanpa perlu berpihak ke mana-mana,
marilah kita terus merasa aman,
tanpa saling hina menghina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan